Antara sebabnya ^^
Selalunya kita kapel tapi tak tahan lama kann? Kenapa eaaa? Semuaa nie kitaa takk jangkakan tapi selaunya sebab2 nie jha lha yang selalu buat hubungan kita tak tahan lama. Ada lha beberapa tips sikit nie. Baca kay?
Sebelom tuee. Tips nie credit to Lyssa Faizureen
Okayyy? Clear? Nak tauu lbey. Rujuk sini .
1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .
2. Harapan/Kebebasan
Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya . Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat .
3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit hal yang lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .
5. Berbeza pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan .
No comments:
Post a Comment