Diari Seorang Isteri.
Criezly Mayy tersentuh sangt bila baca satu artikel nie. Memang banyak blogger yang dah post dah. Mayy just nak puaskan hati may jha. Coz best sngd cita nie. Tersentuhh gilos !
Niee kalau dah sesapa tak baca agi. Baca lhaa :)
Aduh...sakitnyer.
..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan
saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin
dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti
ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu
banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak,
hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati
Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena
dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.
Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.
Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan
menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata
meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri
tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good
mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk
kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin,
boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada
Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat
bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad
Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata
Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu
kecil hati .
Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa
mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam
rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti
Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh
kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik
semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja
yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak
percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal
samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh
terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa
bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa
abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak
asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik
plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau
tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg
syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat
ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi
kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa
senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan
pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan
sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit
menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu
bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan
anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau
tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main
baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah
daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau
ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya
yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga
ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga
kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya
dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri
ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya
mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat
waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana
tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar
Nisa gagahkan juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di
tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa
hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat
dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah,
lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa
lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba
naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat
emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan
berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan
yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu
Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam
keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke
dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak
pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.
Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa
nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka
bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak
hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri
berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku
dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa
memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam.
Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak..
.berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"
Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak
dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat
wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya
hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku
sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka
dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau
tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan,
lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku
nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau
ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari
sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri,
Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak
sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau
sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa
mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada
tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan
ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa
kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa
Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu
Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan
kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah
buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa
mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit
yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat
scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia
sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak
mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu
dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya"
kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas
dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap
lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa
yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan
Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap
Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri
selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat
akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah
kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang
tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG
PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah
tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu
Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru
kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa
cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang
dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk
Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk
Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari
nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak
ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan
pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk
menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania
dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu
apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah
daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan
sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk
Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in
cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan
Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah
daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu
pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita,
walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan
kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA
adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa
selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan
Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga
kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti
bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka
Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut
wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa,
Sabarlah Zakri,
ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania"
pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri
longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan
antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar
itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN
SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA
HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
Sedihh kann? :')
Hayati yerrr ! Menangis takk? Habis lhaa tisu makk hampa semua. HAHA :p
No comments:
Post a Comment